PLKPK diwujudkan selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 24 Julai 2002 bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang pertanian. PLKPK dilaksanakan berteraskan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS) dengan peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (National skill Development Act@NASDA)
Teras Pembangunan PLKPK
-
Dibangunkan bersama pihak industri.
-
Mengaplikasikan amalan pertanian baik dan teknologi terkini.
-
Mengambil kira permintaan semasa pasaran tenaga kerja.
Objektif
- Melahirkan usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing.
- Melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional yang akan berkhidmat di dalam sektor swasta bidang pertanian.
- Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia
- Diiktiraf oleh industri-industri di Malaysia
- Melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional yang akan berkhidmat di dalam sektor swasta bidang pertanian.
- Menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
- Berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
Pelaksanaan
- Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau Nasional Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi.
- Persijilan PLKPK adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Persijilan
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (merangkumi silibus dari Tahap 1)
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (merangkumi silibus dari Tahap 1 dan 2, mana yang berkaitan)
- Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4
Tempoh Latihan
- Tahap 2 (Sijil) - 12 bulan
- Tahap 3 (Sijil) - 24 bulan (termasuk 3 bulan Latihan Industri)
- Tahap 4 (Diploma) – 18 bulan (termasukk 6 bulan Latihan Industri)
Permohonan Online
Permohonan Online Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK)
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) BLKP
(Pautan kepada https://atpis.kpkm.gov.my/V4/online/application/)
Semakan Keputusan Permohonan Online
(Pautan kepada https://atpis.kpkm.gov.my/V4/result/)

