
Kualiti Kehidupan
Pensijilan organik mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2003 menerusi Skim Organik Malaysia (SOM) bagi subsektor tanaman oleh DOA. Program ini kemudiannya telah dijenamakan dengan nama dan logo Skim Organik Malaysia (myOrganic) pada tahun 2015 yang merupakan gabungan pensijilan bagi subsektor tanaman, ternakan dan akuakultur untuk mengiktiraf ladang yang diusahakan secara organik mengikut syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
Hasil tanaman/ternakan daripada ladang myOrganic adalah dijamin organik, berkualiti dan selamat dimakan, bebas daripada bahan kimia sintetik dan Genetically Modifed Organism (GMO).
- Skim pensijilan organik merupakan skim persijilan terkini yang ditawarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia bagi melengkapkan skim pensijilan sedia ada berdasarkan Standard Malaysia MS 2463:2012 – Good Organic Aquaculture yang telah diterbitkan pada tahun 2012.
- Skim pensijilan ini menggabungkan skim pensijilan amalan akuakultur baik dengan tambahan kepada keperluan pengeluaran yang mematuhi piawaian akuakultur organik yang merangkumi aktiviti akuakultur ternakan ikan dalam kolam, ternakan ikan sangkar, krustasia, moluska, rumpai laut, makanan rumusan dan makanan hidup.
- Penawaran skim pensijilan ini adalah satu pilihan yang diberikan kepada pengusaha industri akuakultur di dalam mempelbagaikan keluaran industri mereka bagi membolehkan menembusi pasaran organik yang luas.


