Melaksanakan program-program penggalakan pelaburan dalam dan luar negara bagi meningkatkan pelaburan dalam bidang pertanian.
Melaksanakan program pemasaran dan padanan perniagaan bagi meningkatkan kebolehpasaran serta kecekapan pengedaran hasil agromakanan.
Merangka dan menyelaras pelaksanaan fasilitasi aktiviti pengimportan dan pengeksportan produk pertanian.
Mengawalselia serta menyelaras dana pembiayaan kerajaan kepada Agrobank.
Merangka strategi serta menyelaras pelaksanaan program-program pembangunan perniagaan bagi membangunkan perniagaan yang maju dan berdaya saing.
Mengurusetia dan memantau projek penswastaan di peringkat kementerian.
Menyelaras dan memantau urusan pelaburan Foreign Direct Investment (FDI) dan Domestic Direct Investment (DDI).
Menyelaras permohonan ke National Committee on Investment (NCI).
Menyelaras pelaksanaan kawalan import serta fasilitasi protokol dan akses pasaran eksport produk pertanian.
Merangka dan menyelaras pelaksanaan dasar berhubung perlindungan takaful untuk petani.
Menyelaras peruntukan dan penyaluran dana, subsidi, insentif serta pembiayaan.
Menentukan produk dan pasaran eksport yang berpotensi untuk diteroka serta strategi untuk meneroka pasaran baharu dan mengukuhkan pasaran.
Melaksanakan program promosi, penjenamaan, kerjasama perdagangan, risikan pasaran dan kolaborasi teknikal dalam sektor pertanian.
Menyelaras perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program- program pembangunan perniagaan dalam bidang pertanian dan industri makanan.
Menyelaras pelaksanaan program pemasaran dan pengedaran dalam negara agar berjalan dengan lebih berkesan melalui outlet jualan jabatan/agensi.
Merangka, menyelaras dan menyelia aktiviti di Agrifood Business Development Centre (BDC) bagi menyampaikan maklumat dan khidmat nasihat dalam bidang perniagaan pertanian dan makanan di Malaysia bagi golongan sasar.
Memudahcara pelaksanaan projek Kerjasama Awam Swasta yang melibatkan kementerian/jabatan/agensi di bawah KPKM.