Accessibility Tools

logo kpkm
hubungi
maklumbalas
peta
 

Perpustakaan

Perpustakaan

INFORMASI PERPUSTAKAAN

Latar Belakang

  • Perpustakaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merupakan antara
  • Perpustakaan Khusus paling awal ditubuhkan iaitu pada tahun 1905.
  • Ketika itu Perpustakaan Kementerian Pertanian berfungsi sebagai biro penerangan hal-hal berkaitan pertanian di bawah Jabatan Pertanian Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Department of Agriculture Federated Malays States).
  • Beberapa Unit Perpustakaan turut ditubuhkan dengan tertubuhnya Jabatan dan agensi lain di bawah Kementerian Pertanian antaranya :
    • Jabatan Parit dan Tali Air (1932)
      Institut Penyelidikan Haiwan Ipoh (1953)
    • Pusat Teknologi Makanan Serdang (1966)
    • Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Pinang (1968).
  • Peranan Perpustakaan Kementerian juga semakin berkembang selepas Kementerian Pertanian ditubuhkan pada tahun 1955.
  • Pada tahun 2005, Perpustakaan KPKM telah dipindahkan ke bangunan baru di Wisma Tani, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya selepas sekian lama beroperasi di Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Objektif

  • Menyediakan Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat dalam Bidang Pertanian dan Keterjaminan Makanan kepada kakitangan KPKM dan Penyelidik;
  • Menggalakkan Budaya Membaca dan Mencintai Ilmu Pengetahuan dalam Kalangan Kakitangan KPKM.

Fungsi

  • Membina dan Memperkaya Koleksi Sumber Maklumat dalam Bidang Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk Tujuan Rujukan dan Penyelidikan;
  • Mengumpul, Mendokumentasi dan Menyebarkan Koleksi Perpustakaan dalam Bidang Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi Menyokong Pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara (DAN); dan
  • Pusat Repositori Terbitan-terbitan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Piagam Pelanggan

  • Membekalkan maklumat yang tepat dan terkini mengikut keperluan pengguna dalam masa tiga hari.
  • Memproses bahan mengikut format & Standard Antarabangsa bagi menyokong Pangkalan Data Kebangsaan dalam masa tiga hari.
WAKTU PEMBUKAAN
Isnin - Jumaat
8.30 pagi - 4.30 petang
Ditutup setiap hari Jumaat bermula 12.15 t/hari hingga 2.45 petang
Hari Minggu & Cuti Umum : TUTUP

Hubungi Kami

Unit Perpustakaan, Bahagian Pentadbiran
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Aras 4, Blok Podium 4G1, Wisma Tani
No.28, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya

Tel : 03-8870 1786 (Ketua Unit Perpustakaan) / 03-8870 1772 (Kaunter)
Faks : 03-8889 5239
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Ministry of Agriculture
and Food Security
Wisma Tani, No. 28, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran,
Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya.
 
Tel : 03 - 8000 8000
FBFBFBFBFB
|