YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan,
Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Pihak Urus setia JPICT memohon kerjasama Bahagian/Jabatan/Agensi yang bercadang memohon kelulusan perolehan projek ICT di mesyuarat tersebut agar menghantarnya kepada Urus Setia JPICT KPKM melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT (PROFIT). Permohonan kelulusan bagi projek ICT dibuka sepanjang tahun. Kertas yang diterima melewati tarikh akhir penghantaran kertas permohonan yang telah ditetapkan akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya. Sistem ini boleh dicapai melalui alamat https://profit.jdn.gov.
3. Untuk tujuan permohonan kelulusan teknikal projek ICT, Bahagian/Jabatan/Agensi juga dipohon untuk menggunakan ID Pengguna dan kata laluan untuk menggunakan aplikasi PROFIT melalui Urus Setia JPICT KPKM.
4. Mesyuarat Pra Jawatankuasa Pemandu ICT (Pra-JPICT) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) mengikut Takwim KPKM 2026 dijadualkan seperti berikut:
| Bil. Mesyuarat | Tarikh Semakan Pra-JPICT | Tarikh Mesyuarat JPICT |
Tarikh Akhir Penghantaran
Kertas Permohonan
|
|---|---|---|---|
| Bil. 1/2026 | 19 – 30 Januari 2026 |
10 Februari 2026 |
16 Januari 2026 (Jumaat) |
| Bil. 2/2026 | 13 – 17 April 2026 |
05 Mei 2026 |
10 April 2026 (Jumaat) |
| Bil. 3/2026 | 13 – 24 Julai 2026 |
11 Ogos 2026 |
10 Julai 2026 (Jumaat) |
| Bil. 4/2026 | 26 Okt - 6 Nov 2026 |
20 November 2026 |
23 Oktober 2026 (Jumaat) |
5. Untuk makluman maklumat mengenai Terma Rujukan JPICT dan Format Kertas Kerja boleh di muat turun seperti di bawah :
| BIL | TAJUK | PAUTAN |
|---|---|---|
| 1 | Tatacara Penyediaan Kertas Permohonan JPICT: GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN TEKNIKAL DAN PEMANTAUAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEKTOR AWAM | |
| 2 | Templat Kertas Permohonan JPICT KPKM |
6. Semua permohonan bagi melaksanakan projek ICT juga perlu terlebih dahulu merujuk kepada :
| BIL | TAJUK | PAUTAN |
|---|---|---|
| 1 | Garis Panduan Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan dan Perolehan Projek ICT Bagi RMKe-13. (Rujuk Item 1.a.) | LIHAT |
| 2 | Tatacara Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan dan Perolehan Projek ICT Bagi RMKe-13 (RP2) Tahun 2027. (Rujuk Item 1.b.) | LIHAT |
| 3 | Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/2013 : Garis Panduan Mengenai Pengurusan Perolehan Information Telecomunication Technology (ICT) Kerajaan |
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT)
BAHAGIAN PERKHIDMATAN DIGITAL
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

