Alat Kebolehcapaian

logo kpkm
hubungi
maklumbalas
peta
 

Keurusetiaan

Keurusetiaan

YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan,

Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.  Pihak Urus setia JPICT memohon kerjasama Bahagian/Jabatan/Agensi yang bercadang memohon kelulusan perolehan projek ICT di mesyuarat tersebut agar menghantarnya kepada Urus Setia JPICT KPKM melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT (PROFIT). Permohonan kelulusan bagi projek ICT dibuka sepanjang tahun. Kertas yang diterima melewati tarikh akhir penghantaran kertas permohonan yang telah ditetapkan akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya. Sistem ini boleh dicapai melalui alamat https://profit.jdn.gov.my/.

3. Untuk tujuan permohonan kelulusan teknikal projek ICT,  Bahagian/Jabatan/Agensi juga dipohon untuk menggunakan ID Pengguna dan kata laluan untuk menggunakan aplikasi PROFIT melalui Urus Setia JPICT KPKM.

4. Mesyuarat Pra Jawatankuasa Pemandu ICT (Pra-JPICT) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) mengikut Takwim KPKM 2026 dijadualkan seperti berikut:

Bil. MesyuaratTarikh Semakan
Pra-JPICT
Tarikh Mesyuarat
JPICT
Tarikh Akhir Penghantaran
Kertas Permohonan
Bil. 1/2026 19 – 30 Januari 2026

10 Februari 2026
(Selasa); 9:30 pagi

16 Januari 2026
(Jumaat)
Bil. 2/2026 13 – 17 April 2026

05 Mei 2026
(Selasa); 9:00 pagi

10 April 2026
(Jumaat)
Bil. 3/2026 13 – 24 Julai 2026

11 Ogos 2026
(Selasa); 9:00 pagi

10 Julai 2026
(Jumaat)
Bil. 4/2026 26 Okt - 6 Nov 2026

20 November 2026
(Jumaat); 9:00 pagi

23 Oktober 2026
(Jumaat)

5.  Untuk makluman maklumat mengenai Terma Rujukan JPICT dan Format Kertas Kerja boleh di muat turun seperti di bawah :

       BIL       TAJUKPAUTAN
1 Tatacara Penyediaan Kertas Permohonan JPICT: GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN TEKNIKAL DAN PEMANTAUAN PROJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEKTOR AWAM    PDF
2 Templat Kertas Permohonan JPICT KPKM    PDF

6.  Semua permohonan bagi melaksanakan projek ICT juga perlu terlebih dahulu merujuk kepada :

BILTAJUKPAUTAN
1 Garis Panduan Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan dan Perolehan Projek ICT Bagi RMKe-13. (Rujuk Item 1.a.)  LIHAT
2 Tatacara Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan dan Perolehan Projek ICT Bagi RMKe-13 (RP2) Tahun 2027. (Rujuk Item 1.b.)  LIHAT
3 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/2013 : Garis Panduan Mengenai Pengurusan Perolehan Information Telecomunication Technology (ICT) Kerajaan    PDF
7.  Sebarang kertas kerja atau pertanyaan mengenai JPICT boleh dikemukakan kepada e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan pertanyaan mengenai Sistem Aplikasi PROFIT boleh dikemukakan kepada emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Kerjasama dan perhatian  YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
 
URUS SETIA
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT)
BAHAGIAN PERKHIDMATAN DIGITAL
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Kementerian Pertanian dan
Keterjaminan Makanan
Wisma Tani, No. 28, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran,
Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya.
 
Tel : 03 - 8000 8000
E-mel Aduan : pro@kpkm.gov.my

FBFBFBFBFBFB
|