Approved Permit (AP) merupakan penetapan kawalan kuota import keluaran pertanian masuk ke dalam Malaysia. AP melibatkan lima (5) komoditi pertanian iaitu kubis bulat, kelapa tua biji, susu cair, ayam (ayam bulat dan keratannya) dan beras di bawah kawalan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Tujuan AP adalah bagi melindungi industri tempatan, mengelakkan lambakan bekalan di pasaran tempatan dan membantu mewujudkan ekosistem pemangkin kepada pengusaha agromakanan tempatan untuk bertapak dan bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa.
Manakala Import Permit (IP) pula merupakan kelulusan setiap transaksi kemasukan semua produk pertanian ke dalam Malaysia bagi tujuan kawalan biosekuriti termasuk halal. Namun, terdapat sesetengah produk pertanian yang telah dikecualikan keperluan IP atas dasar analisa risiko yang rendah untuk produk yang tertentu.

